Dia seorang jejaka yang sudah mula jatuh hati padaku , kali pertama aku berjumpa dengan dia adalah pada hari pertama aku masuk bekerja di Giordano . Dia ada bukak fair depan kedai aku , jadi disitu lah dia nampak kehadiran aku :) Hahaha , aku jenis yang malu untuk bertegur sapa dengan lelaki , tambahan pula ketika itu aku sudah punya boyfriend :) jadi aku ambil keputusan untuk tidak melayan dia . Dia pula suka mengusik aku -.-
Bila tempoh perniagaan dia dah tamat , aku tidak lagi berjumpa dengan dia .
Tiba-tiba , dia hadir semula dalam hudup aku dengan menghantar SMS pada aku , dan aku sudah tahu dia minta nombor aku pada siapa :) hehe . Dia pulak nak pergi ke PLKN , dari situ kami berkenalan , tidak pernah jumpa setelah dia habis latihan . Dia mengatakan hasratnya untuk memiliki aku , tapi pada saat itu , aku masih ada boyfriend . Dia suka berkawan dengan aku , katanya dia sudah fikir masak-masak untuk memiliki aku setelah tiada siapa memiliki diri aku .
Pada saat hubungan aku suda berantakan , aku mengadu pada dia . Dia sedia mendengar luahan hatiku :) Dia memberi nasihat dan aku dapat melupakan ex-boyfriend aku . Setelah 2 bulan perkenalan kami , dia menyatakan sekali lagi niatnya untuk menyunting aku , tapi jawapan ku tidak kerana aku belum bersedia untuk menjadi milik kepada siapa-siapa . Tapi kesalahan besar telah aku lakukan kepada dia , saat aku berkata kepadanya bahawa aku tidak bersedia untuk bercinta , aku telah kecewakan hatinya dengan memberitahu bahawa aku sudah pun ada orang lain . Maaf , kerana tidak dapat mengawal hatiku untuk terima orang lain dan bukan dia :'(
Dia mula putus asa , pada detik itu , dia tidak lagi menghubungi aku dan aku juga menyendiri kerana ego ku -.- setelah beberapa lama kemudian , dia kembali menghubungi aku dan meminta maaf kerana jatuh hati kepada aku dan berkata "saya tetap akan tunggu awak" lalu air mata aku jatuh membasahi pipi . aku terharu dengan kata-katanya , aku terharu dengan kesetiaannya , aku terharu dengan penantiannya . dan aku bila aku mula sedar bahawa "kenapa aku harus menunggu hubungan yangtidak pasti , walhal aku suda nampak didepan mata aku sendiri?"
Setelah berpisah dengan boyfriends ak yang baru-baru ny, setelah 9 bulan perkenalan kami , setelah 9 bulan penantiannya untuk bertemuku sudah terlaksana . Aku telah berjumpa dengan dia dan kelakuan aku seperti natural , tiada lakunan control ayu mahupun plastik dodepan dia . Setelah lama meluangkan masa untuk sesi perkenalan yang lebih rapat , dia berkata padaku sekali lagi dia jatuh hati pada aku kerana sikap aku yang tidak berpura-pura :) lalu dia memberitahu , perjumpaan kedua dia mahu aku jadi miliknya , dia tidak mahu aku terlepas ketangan lelaki lain lagi :D
Tapi , aku tidak pasti dengan perasaan aku , adakah aku betul-betul sayangkan dia ? Apakah aku sudah bersedia mahu memberi komitmen sebagai seorang girlfriends ? Adakah dia yang telah diutuskan oleh ILLAHI ? itu persoalannya sekarang ;/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment