Friday, 6 December 2013

TIDAK BERSUARA MEMBERONTAK DARI DALAM

heart clip art

Aku punya rakan, dia mempunyai ramai kenalan. Pada awalnya, dia menyangka yang hidup ini tidak semakin susah. Kisahnya bermula dari sini, setelah dia telah disahkan untuk mengikuti Latihan Khidmat Negara atas arahan daripada kerajaan dia sudah mula tidak gembira seperti dahulu. Tapi niat untuk tidak melihat Bondanya bersedih dia berpura untuk tidak sabar mengikuti latihan tersebut. Sebelum dia bertolak dia sudah diuji dengan dugaan yang tidak pernah disangka, sewaktu dia dan kedua ibubapanya membeli barang keperluan untuk dirinya diKem nanti, Dia diuji. Dia telah diragut ketika ingin melintas ke tempat parkir kereta. Ketika itu dia sedang memimpin ibunya yang sedang sakit kuat. Dengan tidak sedar dia mengejar peragut itu dan usahanya sia-sia. Kata bapanya, mungkin itu rezeki sang peragut, bapanya cuba memberikan kata0kata semangat untuk dia teruskan kehidupan dan tidak menyalahkan takdir yang sudah tertulis. Tibalah masanya untuk dia ke Kem dan dia dihantar oleh bapanya sahaja, Bondanya tidak dapat manahan sebak untuk melepaskan Dia pergi kesana. Sepanjang perjalanan dia ke tempat Kem nya dia sudah merindui keluarganya dirumah. Tiba diKem, Dia diuji, berjumap dengan rakan2 baru yang tidak pernah kenal siapa dirinya. Disana dia telah dilantik sebagai Penghuluwati, manakan tidak? Haruslah ada sahaja pelatih yang tidak akan puas hati jika orang melebihi diri. Dia diuji lagi, dia jatuh sakit, sering menghuni di bilik Medik. Dalam 3 minggu dia tidak dibenarkan keluar kerana disyaki menghidap penyakit berjangkit. Dia dirawat. Dalam pada masa Dia dirawat, dia mendapat panggilan daripada bapanya untuk membawa Dia pulang kerana diberitahu Bondanya selalu memanggil namanya, lalu bapanya beranggapan yang isterinya merindui anak bongsu mereka itu. Dia dibawa pulang setelah mendapat pelepasan daripada pihak atasan. Seminggu dia pulang. Sehari sebelum Dia ingin pulang, bondanya dimasukkan keHospital PPUM. Bondanya dirawat dan Alhamdulillah semuanya selamat, Bondanya pun sedar. Keesokkan harinya Dia terpaksa pulang ke Kem dan melaporkan diri. Dia dipesan bapanya *Jangan bersedih, apa yang terjadi kelak, Redhainya* Dan perkara yang dia tidak sangka akan terjadi, Dia mendapat panggilan daripada Keluarganya yang mengesahkan Bondanya telah kembali keRahmatullah, tidak semena-mena air mata yang disimpan sebulan terus menuruni pipinya. Sebak, sedih, kecewa. Dia merasakan dunia ini kejam, tidak adil baginya untuk menghadapi semua ini dalan usianya yang masih belasan tahun. Tidak kuat baginya untuk mengharungi ujian akan datang tanpa seorang Bonda. Hilang doa yang mustajab untuknya. Dia berputus asa ~

No comments:

Post a Comment

 
UPHERE