Friday, 6 December 2013
KAWAN BAIK / CINTA ?
Dia punya kawan rapat, seorang lelaki. Dulunya lelaki itu teman lelakinya, sekarang hanya seorang kawan rapat. Tetapi perasaan Dia terhadap lelaki H ini tidak pasti, H ini sudah punya teman wanita, tetapi H ini melayan Dia tak ubah seperti partnernya......Mungkin secara tak sengaja perasan Dia pada H lebih daripada seorang kawan rapat. Dia tidak memberitahu, hanya simpan perasaannya. Dulu dia sudah mula suka pada gf si H, bukan suka yang ada feeling, suka untuk dijadikan kawan. Tetapi satu benda yg gf H buat yang Dia tidak dapat terima dan tak mungkin memaafkan, hatinya mula bergolak, mahu saja dipijak muka perempuan itu kalau tidak ada alah melintang. Sampai sekarang Dia bersikap dingin dengan H, tiada lagi maaf, tiada lagi layanan elok untuknya. Hati Dia kembali keras, perlu dipecahkan sekuat-kuatnya baru hatinya pecah. Setakat manis kata-kata, tidak lagi Dia makan. Dia sudah putus asa, dan tidak lagi berharap apa-apa, hanya menantikan rohnya ditarik, kerana Dia memang sudah putus asa. Tergamak seorang rakan membuat sedemikan, H tidak mahu Dia pergi, tetapi H tidak membuat apa-apa tidakkan kpd gfnya. H lebih rela melihat Dia menangis daripada gfnya sakit hati. Ini lah hidupnya, yang tidak putus-2 dengan ujian hati. Kata Dia *Andai aku menghembuskan nafas terakhir, akan ku maafkan semua orang yang menyakiti hatinya, walaupun orang itu tidak datang meminta maaf secara bersemuka. Dia menghitung hari untuk pergi dan tamankan ujian Dunia*
Subscribe to:
Comments (Atom)

