Sekali lagi peluang untuk aku sambung belajar datang kepadaku.
Aku mahu merebut segala peluang yang ada, tapi apakan dayaku, aku hampir putus asa.
Adakah mereka tidak mahu melihat aku berjaya? Adakah mereka tidak mahu melihat aku tersenyum? Adakah mereka tidak mahu turut melihat aku mennggenggam segulung Sijil pendidikan seperti anak-anak orang lain?
SEMINAR ATAS KERJASAMA UITM & UTM, Seminar ini yang harus aku hadiri untuk mendapat pandangan dan cadangan kursus apa yang layak aku pelajari. Berlangsung pada sabtu ini, 24/11, jam 2 petang. Persoalaannya sekarang, pihak pengurusan memberi tahu kepada aku untuk membawa sekali ibubapa bersama. Aku mula kecewa kerana sudah ku tahu jawapannya, ibuku sudah tiada, bapaku tidak faham mengenainya. Minta bantuan kepada adik-beradik diendahkannya, macam-macam alasan yang diberi. Aku sangat kecewa dan sakit dihati >.<
Pada tarikh yang sama, berlangsung juga majlis akad nikah kakak sepupu ku, dan disebabkan itu mereka tidak dapat menemaniku ke sana. Apakah urusan orang luar lebih penting berbanding urusan masa depan ku?
Pedih hati ini bila mengingatkan semua ini. Siapa lagi yang harus aku meminta tolong? Aku takut untuk meminta bantuan daripada orang lain, kerana takut mereka mencetuskan pelbagai spekulasi kepada keluargaku. YAALLAH!! Apa yang patut hambamu ini lakukan? Apakah patut aku berdiam diri? Apa layakkah aku dilayan seperti ini? Apakah aku patut bertintak atau membiarkan sahaja masa depanku musnah?
PERINTAH ALLAH "CARILAH ILMU YANG BERGUNA DAN MEMBERI MANFAAT KEATAS DIRIMU & ORANG LAIN SAMPAI AKHIR HAYATMU WAHAI HAMBAKU"Jika aku tidak melakukannya, aku akan disoal diakhirat kelak! Ya Allah!! Hambamu sedang buntu untuk menentukan masa depannya. Bantu hambamu yang lemah dan kurang pengetahuan ini Ya Allah. Berikan petunjuk apa yang harus hambamu ini lakukan agar tidak kecewakan hati semua pihak. Aku tahu KAU sedang menguji hambamu yang satu ini, aku tahu KAU tidak akan uji jika hambamu ini tidak mampu. Jadi hanya kepadamu aku menemui jawapan, tunjukkanlah jalan penyelesaian untukkku. Amin Amin YaRabal Alamin.......


No comments:
Post a Comment