Monday, 12 November 2012
Our Relationship Ends Here :'(
Setelah tiga minggu bersama, aku terpaksa tinggalkan dia sementara kerana aku terlibat dengan PLKN. Berat hati aku nak tinggalkan dia, sedih sangat sebab aku tak pernah tinggalkan orang yang aku sayang termasuk keluarga aku. Sebulan aku di PLKN akhirnya aku dikecualikan dari kem, atas faktor kesihatan dan keadaan arwah ibuku yang kurang sihat :'(
Oktober 2012:
Disinilah dugaan antara aku dengan dia bermula.
Disebabkan aku sentiasa ada bersama dirinya, mungkin membuat dia berasa bosan :'( tiap hari kami bergaduh atas sebab-sebab yang entahlah kadang-2 aku rasa bagaikan tidak munasabah. Aku mula dapat merasakan yang dia sudah bosan dengan diri aku. Tapi perasaan itu aku buang jauh-jauh sebab aku tidak mahu kami bergaduh. Tapi makin aku tahan, makin aku diam, makin dia tidak memahami diriku, dia seolah-olah tidak faham dengan tingkah laku aku yang telah berubah disebabkan sikap sambil lewanya terhadap aku. Aku mula berasa diri aku kosong bagaikan tiada teman hidup yang dulunya sentiasa menemani aku diwaktu aku perlukan dirinya lagi. Semakin hari ada sahaja benda yang dia lakukan. Setiap hari aku menangis kerana dia. Setiap hari aku rindukan dia, Setiap hari aku menunggu dia tanpa bosan dan berharap dia tahu aku merinduinya.
Dia semakin berubah dan berubah, lalu aku memberanikan diri untuk bertanya kepadanya:
Fify: biy, kenapa dah jaarang text sayang?
MS: biy malas nak topuplah syg, sorry.
Fify: Ohh, tapelah kalau mcmtu, nnty syg call lagi
MS: emm kay, tapi jgn call time biy tgh ad kat luar, malas nak agkt
Fify: emm, ouky biy :(
Aku semakin sedih dengan sikapnya, aku terfikir, apa yang membuatkan dia terlalu busy, hinggakan aku dia tak layan lagi seperti dulu. Call tak angkat, text tak balas, nak komunikasi dalam laman sosial pun nak tanak jea layan aku. Sumpah dia mencabar perasaan aku. Lalu aku tergerak hati nak bukak facebook, lalu perkara yang aku sudah sangka, dia maen comment dengan perempuan lain, seolah-olah tidak memikirkan apa perasaan aku kalau aku baca betapa mesranya dia dengan perempuan tu, padahal hubungan aku dengan dia sudah goyah :'( Sekali lagi aku lihat dia comment gambar perempuan lain dengan postkan simbol love. Aku betul-2 kecewa bila aku lihat dia bersikap begitu. Sebab aku terasa dengan perangai dia, gambar aku nak harap satu comment dia pun susah sangat apetah lagi like? Siapa aku pada dia? Kenapa dia buat aku macamtu? Apa salah aku pada di?
Akhirnya setelah lama aku bersabar, aku mengambil keputusan untuk putuskan hubungan kami. Sebab aku terkilan dengan dia kerana alasan dia tidak mahu berhubung dengan aku kerana dia telah bosan dengan sikap aku yang terlalu sensitif. Bukan aku yang minta untuk ada perasaan seperti ini, kenapa aku boleh terima kekurangan dia dan kenapa dia tidak? Akhirnya, aku melepaskan hubungan kami, lalu tinggalkan dia begitu sahaja. cukuplah dengan kesakitan yang aku alami selama aku bersama dia. Terkadang aku rasa menyesal, tapi aku anggap ianya sebagai iktibar dan pengajaran dalam percintaan.
Terasa diriku takut untuk bercinta lagi, biarlah yang datang selepas ny yang betul-2 perlukan aku dan biarlah hamba itu diutus oleh Allah SWT :) Sekian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment