Tuesday, 20 November 2012
HAMBAMU YANG HAMPIR PUTUS ASA
PENAT! Aku tahu dia penat, lihat sahaja wajahnya. LELAH! Semalam sahaja dalam tangisnya dia menadah. Kayanya "Ya Allah, jalan ini tolong bagi mudah" kerana aku hampir putus asa. REBAH! Bila-bila masa sahaja dia boleh rebah, tapi dia memilih untuk gagah. KECEWA! Dia memang pernah kecewa, dia pernah terluka, dia pernah merasa lara.
Dia mahu Sang Pendusta mengubat lukanya, dia mahu Sang Petualang merawat lukanya, dia mahu kepingan hatinya yang hancur disatukan menjadi sekeping hati yang sempurna rasa.
Tapi dia tahu, itu semuanya tugas ALLAH. Maka segala rasa lara, duka, kecewanya semua dihamburkan pada Tuhannya. Kerana dia tahu penat, lelah, kecewa & lukanya PENAWARNYA cuma ALLAH.
Lalu dia terus bertahan agar dia tidak rebah. Dia memilih untuk terus tabah. Hatinya kini milik ALLAH.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment